1.0 PENGENALAN
Usahawan merupakan seorang yang mengusahakan sesuatu perusahaan yang berkaitan dengan perniagaan sehinggan berjaya dengan niat agar memperolehi keuntungan serta mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk memperolehi kejayaan. Usahawan yang berjaya lahir daripada faktor-faktor tertentu yang amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perusahaan tersebut.
Usahawan yang berjaya merupakan tokoh dan dijadikan contoh orang ramai yang berniat untuk menceburi bidang pernigaan dengan berjaya dan maju. Tokoh-tokoh tersebut dicontohi atas sifat-sifat serta ciri-ciri keperibadian mereka yang mendorong beliau untuk berjaya dengan bangganya sekali.
2.0 SIFAT-SIFAT KEUSAHAWANAN DAN CONTOH
Zaman kini merupakan zaman yang tidak lari daripada cabaran teknologi dan era globalisasi yang sentiasa berubah. Oleh itu, usahawan pada masa kini perlu mengambil berat tentang beberapa ciri-ciri serta sifat-sifat yang perlu ada dalam diri mereka. Terdapat beberapa sifat-sifat yang akan dibincangkan iaitu:
2.1 KETELUSAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang tokoh usahawan Malaysia yang sangat terkenal dan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Beliau mempunyai keperibadian yang perlu dicontohi oleh orang lain. Latar belakang secara ringkas mengenai, beliau mula berniaga semasa berumur 19 tahun iaitu jual beli lembu dan kerbau. Beliau hanya merupakan seorang pelajar lepasan SPM namun pencapaian beliau kini harus dicontoi dan merupakan sesuatu yang dibanggakan. Beliau merupakan usahawan perniagaan MMC, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, dan Bank Muamalat.
Keperibadian beliau yang bersifat tulus dan boleh dipercayai dapat dilihat melalui cara beliau menguruskan perniagaan-perniagan beliau dan buktinya dapat dilihat dengan kejayaan besar yang dikecapinya sekarang. Beliau telah dianugerahi pelbagai sijil antaranya iaitu sijil ISO 9001 2000, Superbrands Malaysia Award, tokoh Maal Hijrah 1946 serta bermacam-macam lagi anugerah lain. Namun, pemilihan beliau sebagai tokoh Maal Hijrah 1946 adalah bukti keperibadiannya serta sesuatu pemilihan yang bijak berdasarkan personaliti beliau yang baik dan antara ikon unggul dunia korporat negara yang sangat disegani. Ketulusan beliau dalam menjalankan perniagaan serta merupakan seorang yang sangat boleh dipercayai amat menyerlah melalui bukti daripada orang-orang yang pernah bekerjasama dengan beliau.
Berdasarkan ciri-ciri keusahawanan yang diperolehi oleh beliau cukup membuktikan bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary seorang yang boleh dijadikan idola bagi rakyat Malaysia dan seseorang yang amat dibanggakan dan disegani ahli korporat lain.
2.2 INISIATIF
Inisiatif ini bermaksud seseorang usahawan yang mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan sesuatu tanpa diarah atau dipaksa dengan tujuannya untuk mencapai maklamat. Initiatif juga adalah sikap seseorang giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang keluaran atau perkhidmatan yang baharu. Ciri ini membolehkan seseorang usahawan berada di hujung sesuatu trend. Hal ini akan membolehkan seseorang usahawan mudah untuk mengembangkan perniagaannya.
Selain itu, seseorang usahawan yang berinitiatif perlu bagi menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan. Sebagai contoh, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, seseorang usahawan yang membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia. Beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai akademik yang tinggi tetapi beliau mempunyai daya ingatan yang kuat serta tidak mudah berputus asa dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Beliau sentiasa berfikiran initiatif dan cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengan usahawan lain.Oleh itu, beliau ingin mengimport motorsikal Honda Super Club dari negara Jepun. Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah mengaturan perjumpaan dengan Mr.Soichiro Honda, pencipta motosikal itu. Beliau telah meyakinkan pihak Japanese Honda Motor Co Ltd dan kemudian melantik beliau sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia. Sikap berinitiatif telah menjadikan Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew seorang usahawan yang berjaya kerana mempunyai pandangan yang cukup berani untuk mencuba dan membuka pasaran.
2.3 VERSATILITI
Versatiliti adalah bermaksud kepandaian yang beraneka ragam, kepandaian dalam banyak bidang. Ciri versatiliti ini akan membantu usahawan dalam mempelbagaikan perniagaan dan juga dapat membantu usahawan dalam menyelesaikan banyak masalah dalaman perniagaan. Hal ini kerana usahawan mempunyai pendirian dan pengetahuan dalam membuat sebarang keputusan walaupun mendapat tentangan hebat atau menghadapi masalah yang kompleks.
Ciri versatiliti boleh membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaannya. Sebagai contohnya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, pengerusi Berjaya Group yang menjalankan pelbagai perniagaan. Syarikat beliau telah bermula menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad. Selain itu beliau juga melibatkan diri dalam bidang penerbangan dan perhotelan iaitu syarikat Berjaya Air dan Berjaya hotel. Bidang perhotelannya juga dikembangkan ke Bukit Tinggi, Pahang iaitu Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort yang mempunyai keluasan 16000 ekar dan terletak pada aras 2700 kaki. Di samping itu, beliau juga mendirikan menara Berjaya Times Square. Dalamnya mengandungi IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasaraya Metrojaya serta Berjaya College. Tan Sri Vincent Tan juga melibatkan diri dalam bidang komunikasi. Beliau telah menguasai Syarikat DIGI yang dikenali sebagai pengedali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia. Beliau juga menubuhkan Syarikat U-mobile yang juga bersifat syarikat telekomunikasi. Kedai runcit yang boleh dijumpa kerap iaitu kedai serbaneka 7-11 juga milik Tan Sri Vincent Tan. Beliau telah memaparkan ciri versatiliti kerana beliau mampu menjalankan pelbagai bidang perniagaan kerana beliau adalah seorang yang mempunyai banyak kemampuan dan juga pengetahuan di pelbagai bidang.
2.4 MEMBUAT KEPUTUSAN
Sir Richard Branson Charles Nicholas, dilahirkan pada 18 Julai 1950, dan dikenali sebagai seorang ahli perniagaan Inggeris dan pelabur. Beliau merupakan pengasas Virgin Group yang terdiri daripada lebih daripada 400 buah syarikat. Beliau memulakan usaha perniagaan di majalah yang dikenali sebagai Student apabila dia berumur enam belas tahun. Pada tahun 1970, beliau menubuhkan perniagaan rekod pesanan mel. Menjelang tahun 1972, beliau membuka Virgin Rekod dan kemudiannya dikenali sebagai Virgin Megastore yang merupakan rangkaian kedai-kedai rekod. Jenama Virgin Branson berkembang pesat dalam tahun 1980-an, ketika dia menubuhkan Virgin Atlantic dan memperluaskan label muzik Virgin Records. Menurut senarai Forbes 2014 bilionair, Branson merupakan warga terkaya ketujuh United Kingdom, dengan anggaran nilai bersih US $ 4.9 bilion.
Kemahiran yang bersifat tegas dalam memberi keputusan adalah penting dalam menentukan isu-isu dan dalam mengeluarkan hasil yang berkesan kepada usahawan. Peluang dan kerugian adalah bergantung kepada pengalaman seorang usahawan.
Sir Richard berkongsi pemikiran beliau dengan beberapa peranan penting sebagai seorang usahawan. Terdapat empat perkara utama dalam pandangannya antaranya mempercayai naluri, memberi tumpuan kepada pelanggan, sentiasa menyokong pasukan anda, dan tahu waktu sesuai untuk meninggalkan mereka.
Terdapat kes apabila beliau melancarkan syarikat penerbangan Virgin Atlantic dan Virgin Blue (baru-baru ini dijenamakan semula Virgin Australia), masing-masing pada tahun 1984 dan 2000. Beliau berkata bahawa pesaing telah berpuas hati, oleh itu, penumpang mahukan sesuatu yang berbeza. Walaupun pasukan pengarahnya agak gementar namun ini merupakan peluang untuk meneruskannya atas cabaran kekuatan pesaing tetapi Sir Richard masih berkeras dengan pendapatnya sendiri.
Seterusnya, beliau sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan, memastikan perkhidmatan yang terbaik, produk yang paling inovatif dan nilai terbaik ditawarkan. Selain itu, mempunyai sebuah pasukan yang hebat untuk membantu operasi harian adalah penting dan perlu belajar untuk mempercayai pasukan pengurusan di samping memberi sokongan kepada mereka apabila mereka melihat peluang.
2.5 KECEKAPAN MASA
Sir Ka-shing Li, GBM, KBE, JP (lahir 29 julai 1928 di Chaozhou, China) adalah seorang hartawan Hong Kong, pelabur, dan dermawan. Menurut Bloomberg Billionaires Index pada 16 April 2014, beliau adalah orang yang paling kaya di Asia dengan nilai bersih $31.9 billion. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Hutchison Whampoa Limited (HWL) dan Cheung Kong Holdings pada tahun 2008, dan merupakan pembekal terbesar di dunia bagi terminal kontena serta kesihatan dan kecantikan terbesar di dunia peruncitan.
Keupayaan seseorang untuk menggunakan masa dengan berkesan adalah penting dalam seorang usahawan yang berjaya. Seorang usahawan yang berjaya menggunakan masa dengan bijak dan sentiasa membuat penambahbaikan yang berterusan.
Li Ka Shing sebagai usahawan yang berjaya mempunyai cara tersendiri dalam mengurus masa. Beliau sering bangun seawall 6:00 pagi untuk memulakan aktiviti hariannya. Kebanyakan masanya, dia akan bermain golf di waktu pagi. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, dia sentiasa mengejar kemajuan berterusan dalam hidupnya. Beliau menghabiskan masa dengan membaca dan sentiasa belajar. Dalam usaha meningkatkan pendekatan dalam bahasa Inggeris, beliau juga menonton filem Inggeris atau saluran selepas makan malam. Selain itu, beliau juga kerap berfikir beberapa keadaan yang mungkin berlaku dan mencari penyelesaian masalah. Melalui hal yang demikian, beliau ‘menyediakan payung sebelum hujan’ dalam hal berkaitan syarikat.
Walaupun ia kelihatan seperti mudah, tetapi tidak ramai orang yang boleh mengamalkannya secara teratur. Oleh kerana itulah orang yang berjaya begitu kurang bilangannya.
2.6 PERSPEKTIF
Perseptif adalah satu sifat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Hal ini kerana sifat perseptif adalah ketajaman daya tanggapan yang ada pada seseorang usahawan. Selain itu, perseptif ini merupakan satu sifat yang unik kerana seseeorang yang perseptif akan sentiasa celik akal dan berfikiran jauh serta terbuka bukan hanya untuk diri sendi bahkan untuk orang sekelilingnya juga. Salah satu perkara menarik mengenai perseptif ini ialah, seseorang itu mampu memahami kehendak orang lain dan sering berpikiran luar kotak kawalan pemikiran. Dan seterusnya, seorang usahawan yang mempunyai perseptif adalah seorang usahawan yang berwawasan, bijak dan dapat melihat perkara yang unik sebagai satu perkara yang mampu menjadi segalanya.
Oleh itu, saya memilih usahawan tempatan iaitu Dr. Fazley Yaakob sebagai salah seorang usahawan yang mempunyai karakter perseptif seperti mana yang dinyatakan ciri-ciri diatas. Ini kerana, Dr. Fazley mempunyai latar belakang yang baik untuk menjadi berhala sebagai usahawan yang berjaya. Beliau adalah seorang artis didorong untuk berjaya dalam pendidikan dan bijak mengambil peluang untuk menjadi seorang usahawan pada usia muda. Sehingga kini, dia masih terlibat dalam bidang seni dan pada masa yang sama beliau juga aktif dalam perniagaan, yang menjual Fazley Handbag Collection, Fazley Baqarah, Fazley Jewellerys, Fazley Delights, Fazley Watchs dan Fazley Apperels.
Antara perkara yang menarik mengenai Dr. Fazley adalah bahawa dia adalah seorang usahawan kreatif sebagai contoh produk Fazley Handbag diperbuat daripada kulit ikan tilapi. Beliau juga melakukan inovatif dalam pembaharuan dengan menghasilkan pelbagai jenis alat seperti perisian komputer, telefon bimbit dan kamera dalam bentuk keluaran jam “del fish” Fazley International Trading. Dalam bidang pendidikan, beliau telah menerbitkan banyak buku dan penceramah motivasi. Beliau merupakan usahawan muda yang berperspektif kerana berpendidikan tinggi, serba boleh berfikiran jauh yang unik, dan memahami setiap kehendak masyarakat serta memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.
2.7 BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Seorang usahawan perlu berani menghadapi kegagalan yang berpunca daripada kesilapan yang pernah dilakukannya. Sekiranya berlaku kegagalan, usahawan tersebut akan sentiasa berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang bersama berulang. Usahawan yang pernah menemui kegagalan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Jika kegagalan terjadi, mereka sentiasa mencari solusi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Steve Job antara tokoh usahawan yang pernah melakukan kesilapan tetapi telah berjaya menjadi tokoh terkenal setelah belajar dari kesilapannya. Steve Job telah dipecat dari syarikat miliknya oleh lembaga pengarah kerana kegagalan visinya dan kejatuhan Apple pada waktu itu. Steve Job cuba bangun dari kegagalan tersebut dengan mencipta peluang baru dengan kerjasama David Packard dan Bob Noyce dalam bidang penyiaran. Steve Job membangunkan studio Pixar selepas lima tahun pemecatannya dari syarikat Apple. Filem animasi pertamanya berjaya merangkul anugerah dalam Anugerah Oscar sebagai filem animasi terbaik. Setelah melihat kemampuan Steve Job dalam industri animasi, Apple bertindak membeli Pixar dan Steve Job berjaya menduduki semula jawatannya yang pernah diduduki. Sehingga ke hari ini, Apple telah berjaya mencipta inovasi dalam industri desktop dan Netbook.
2.8 KESEDARAN ETIKA
Kesedaran etika adalah tahap kualiti nilai seseorang individu yang bergelar usahawan. Hal ini merujuk kepada konsep dan undang-undang yang menentukan baik dan buruk dalam sesuatu bidang usahawan. Kesedaran etika harus dititikberatkan dalam kalangan usahawan sekiranya ingin berjaya dalam jangka masa yang lama. Selain itu, tingkah laku beretika harus disesuaikan dengan mana-mana adab dan adat tempatan, peraturan, undang-undang dan prinsip moral tempatan. Dalam kesedaran etika juga terselit penjagaan hubungan antara usahawan dengan masyarakat seperti permintaan pelanggan adalah menjadi keutamaan oleh usahawan. Perkara ini diwujudkan agar sesuatu bidang usahawan menitikberatkan kualiti dalam perkhidmatan untuk pelanggan. Dengan adanya kesedaran etika dalam diri usahawan, maka secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya nilai-niai tidak beretika yang akan menjejaskan reputasi seseorang individu dan masyarakat.
Saya memilih Irfan Khairi sebagai usahawan yang mempunyai kesedaran etika yang tinggi. Beliau merupakan pakar perniagaan internet, motivator usahawan, personaliti TV dan radio. Kini beliau telah bergelar jutawan pada usia muda. Kesedaran etika yang ada pada beliau ialah beliau mempunyai nilai berpendirian teguh yang tinggi kerana beliau menceburi bidang usahawan perniagaan internet berdasarkan minat yang mendalam. Selain itu, beliau turut menerapkan sikap beretika dalam konteks hubungan dengan pelanggan kerana sesuatu bagi beliau perniagaan yang berlandaskan minat tidak akan berjaya sekianya tiada permintaan daripada pelanggan dan sebagai seorang usahawan beliau juga turut menyediakan keuntungan untuk kedua belah pihak. Antara contoh perniagaan yang dijalankan ialah penjualan peta, penempahan hotel, mencipta E-buku, mencipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), perunding Multimedia, E-Niaga, kaedah pembelajaran dan sebagainya. Selain itu terdapat juga buku-buku sebagai antara produk yang diniagakan termasuk buku yang ditulis beliau iaitu "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar".
Kesimpulannya, kesedaran etika adalah elemen yang penting dalam bidang usahawan kerana memberi manfaat kepada semua pihak dan mewujudkan nilai yang baik dalam sesuatu perniagaan untuk jangka masa yang panjang.
2.9 BERPANDANGAN JAUH
Berpandangan jauh ialah keupayaan seseorang untuk meramalkan tentang apa yang akan berlaku atau apa yang diperlukan pada masa akan datang. Orang yang berpandangan jauh merupakan orang yang mempunyai hala tuju yang jelas walaupun diri sendiri belum pasti tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Orang yang berpandangan jauh ini selalunya yakin dengan pandangannya akan membuatkan dirinya sentiasa ‘kuat’ untuk menempuh segala cabaran yang bakal dihadapi. Sebagai contohnya, usahawan yang terkenal di Malaysia iaitu Puan Rozita Ibrahim, pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi. Beliau merupakan seorang yang berfikiran jauh kerana berani mengambil risiko untuk mencipta produk kecantikannya sendiri. Pada permulaan kariernya, beliau memperuntukkan beberapa ratus ringgit untuk mengahasilkan produk kecantikan berasaskan herba-herba. Untuk menguji keberkesanan produknya, beliau mencuba produk ciptaanya yang bernama Sendayu Tinggi.
Semasa penubuhan syarikat tersebut, terdapat hanya lima produk yang dikeluarkan. Namun, kini syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih kurang 500 variasi pilihan produk untuk pengguna lengkap dari herba dalaman, penjagaan wajah dan tatarias diri. Hal ini demikian, menjadikan produk keluaran wanita Malaysia kerana kualiti dan keberkesanannya yang terbukti hingga turun temurun. Produk Sendayu Tinggi ini bukan sahaja berada di pasaran dalam negara bahkan berada di luar negara seperti Brunei, Singapura, Korea, China dan Taiwan. Sikap berfikiran jauh yang ada dalam diri Puan Rozita ini telah menyebabkan produk keluarannya mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggannya.
3.0 BIOGRAFI TOKOH
Dalam laporan ini, Tan Sri Datuk Sri Dr Tony Fernanez iaitu CEO AirAsia Malaysia dijadikan tokoh usahawan yang berjaya dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang sangat berjaya. Beliau dilahirkan pada 30 April 1964 dan berdarah campuran Portugis Goa dan Portugis Melaka. Semasa kecil, beliau sering mengikuti ibunya yang berniaga kecil-kecilan dan ke majlis-majlis para peniaga Tupperware dan ketika usia 13 tahun, beliau melanjutkan pelajaran di Eropah pada tahun 1977 lalu mempunyai kelulusan di London School of Economics, 1987.
Beliau pernah bertugas sebagai auditor, pengawal kewangan, pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd, dan Vice Presiden kumpulan bagi Asia Tenggara. Beliau merupakan penggerak utama penubuhan dan operasi AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di kawasan Asia.
Kejayaan yang amat diluar jangkaan beliau berasaskan daripada keperibadian beliau yang luar biasa. Beliau amat minat dalam perniagaan dan banyak belajar daripada keperibadian ibunya sendiri yang tabah dalam mengharungi cabaran dalam bidang perniagaan yang tidak lari daripada untung ruginya. Keperibadiaan dan ciri-ciri beliau dalam mendorong kejayaannya dalam bidang perniagaan akan dibincangkan dalam laporan ini.
Antara sifat yang disentuh mengenai beliau iaitu;
a) Inisiatif
Dato' Anthony Francis Fernandes merupakan seorang usahawan yang berinitiatif. Hal ini boleh dinampak melalui pembelian Syarikat Air Asia. Air Asia pada masa itu hanya mempunyai dua kapal terbang Boeing yang usang dan juga hutang sebanyak RM 40,000,000. Beliau berinitiatif untuk memasuki bidang penerbangan walaupun pada masa itu baru berlaku serangan 11 September 2011 di Amerika Syarikat. Pada masa itu, ramai orang tidak berani lagi menaiki pesawat tetapi beliau berasa pada masa itu adalah masa yang paling tepat untuk membeli pesawat. Dato' Anthony Francis Fernandes telah mengunakan seluruh harta miliknya sendiri untuk bertaruh dalam hal ini. Beliau percaya pada masa itu banyak pekerja pengalaman dalam bidang penerbangan mudah digaji dam sewa pesawat juga akan jatuh jadi beliau berinitiatif untuk memasuki bidang penerbangan ini.
b) Membuat Keputusan
Pada tahun 2001, beliau ditambahkan lagi 3 rakan kongsi perniagaan yang ditubuhkan dengan syarikat penerbangan perkongsian, dengan hanya RM1, beliau telah membeli sebuah syarikat penerbangan yang telah gagal. Selepas beliau memujuk rakannya untuk mensasarkan pasaran pengangkutan udara tambang rendah Asia dengannya, yang bermain di fikirannya adalah ingin menfokuskan di sekitar pasaran Asia. Dalam masa yang singkat, beliau mengubah syarikat penerbangan itu ke dalam sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang boleh bersaing dengan pesaing terdekat iaitu Malaysia Airlines.
Daripada kenyataan di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Tony Fernandes telah berani membuat keputusan dengan meninggalkan pekerjaan Kewangan dalam Brandon’s Virgin Record dan memulakan industri penerbangan yang berisiko tinggi. AirAsia tidak memperoleh keuntungan pada masa permulaan, tetapi dia masih percaya pada pandangannya bahawa syarikat penerbangan tambang murah boleh membawa kejayaan.
c) Perspektif
Tan Sri Tony Fernandes adalah seorang usahawan yang mempunyai perspektif diri yang baik. Hal ini dapat dilihat, sebelum awal kejayaan menubuhkan syarikat penerbangan AirAsia, beliau berani mengambi risiko untuk meletakkan jawatan daripada bidang muzik sebagai pengurus Warner Music Group bagi menggapai impiannya iaitu mewujudkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia. Beliau juga seorang yang berfikiran unik kerana idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan ini datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen melalui iklan syarikat penerbangan tambang murah, Eayjet. Seterusnya mencetus idea untuk memperkenalkan perkhidmatan dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep tersebut di rantau Asia.
Selain itu, selepas berjaya menubuhkan syarikat penerbangan AirAsia, beliau seorang usahawan yang celik akal dan pandai memahami atau memikirkan tentang kehendak pelanggan. Perkara ini dapat dilihat dengan aspek yang diterapkan beliau iaitu ingin menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja. Seterusnya, beliau bijak dalam pengurusan menarik minat pelanggan dengan cara menyediakan kos tambang murah dalam perkhidmatan penerbangan untuk semua pelanggan kerana beliau menyedari bahawa rakyat Malaysia gemar menaiki kenderaan sendiri kerana kos perbelanjaan yang lebih rendah berbanding dengan menaiki kapal terbang. Oleh itu, sesuai dengan moto AirAsia iaitu “Now, everyone can fly” adalah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang berwawasan, bijak dan dapat melihat perkara yang unik.
d) Belajar daripada Kesilapan
Tan Sri Tony Fernandes antara tokoh usahawan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan belajar dari kesilapan. Beliau merupakan seorang tokoh yang tidak kenal istlah berputus asa walaupun telah mengalami pelbagai cabaran dan rintangan dalam syarikat Air Asia Berhad. Antara pengalaman beliau dalam Air Asia Berhad ialah masalah kritikan dan aduan pelanggan mengenai jadual penerbangan dan kelewatan kapal terbang. Sebagai seorang peneraju Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes tidak berdiam diri begitu shaja apabila masalah tersebut diajukan. Air Asia Berhad sentiasa mencari jalan penyelesaian mengenai masalah tersebut dengan menstrukturkan semula jadual penerbangan agar tidak mengalami masalah yang sama. Tan Sri Tony Fernandes sentiasa mencari penambah baikan mengenai isu kelewatan pesawat.
Selain itu, Air Asia Berhad turut mengalami isu persaingan global antara syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Tan Sri Tony Fernandes bertindak dengan membuat semula pertimbangan keatas kadar penerbangan yang dikenakan terhadap pelanggan. Beliau memperkenalkan kadar tambang murah dengan kekerapan penerbangan, mengutamakan keselesaan dan keselamatan penumpang dan jaminan penjimatan kepada pelanggan. Tindakan tersebut menjadikan Air Asia sebagai destinasi penempahan penerbangan yang terkenal di Asia kerana strategi pengurangan kadar tambang dan pengurusan yang cekap.
e) Berpandangan Jauh
Tan Sri Tony Fernandes merupakan seorang yang berfikir jauh. Hal ini demikian dibuktikan ketika beliau sanggup membeli Air Asia walaupun ketika itu Air Asia mengalami kesulitan yang amat teruk kerana lambakan hutang. Antara risiko yang bakal dihadapi oleh Tan Sri Fernandes ialah bebanan hutang yang tinggi, kos operasi yang mahal, pasaran yang sempit dan kekurangan publisiti. Walaupun begitu, beliau sentiasa berfikiran positif yang menyebabkan beliau menurut nasihat yang diberikan Dr. Mahathir untuk mengambil alih Air Asia pada 8 September 2001.
Tan Sri Fernandes berpendapat bahawa keputusan yang dipilih oleh beliau adalah tepat pada masa tersebut. Semenjak 11 September 2011, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Kesannya, berlaku pemberhentian kerja dalam industri penerbangan yang menyebabkan ramai pekerja yang berpengalaman boleh diperoleh pada masa tersebut. Beliau juga percaya bahawa rakyat Malaysia akan memilih tambang penerbangan yang rendah suntuk mengurangkan kos dan masa.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa individu atau masyarakat yang ingin berjaya seperti tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dan disegani orang ramai, mereka perlulah mempunyai ciri-ciri serta sifat-sifat usahawan seperti yang telah dibincangkan dalam laporan ini. Setiap orang mempunyai peluang dan jalan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, namun kesungguhan terhadap sesuatu kerja perlulah ditanam dalam diri mereka agar impian mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya tercapai dengan cemerlang. Usahawan-usahawan yang telah berjaya perlulah diambil contoh daripada keperibadian dan sifat mereka yang menjadikan mereka berjaya seperti yang telah mereka kecapi sekarang. Daya usaha dan kerja yang keras perlu dilakukan sementara mengejar kejayaan pada masa akan datang. Seperti kata pepatah iaitu ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Semoga negara dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dan dapat mencapai taraf negara maju melalui penglibatan 3% usahawan dalam negara ini.
Bibliography
Hamid, M. A. (2006). Reka Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Kadir, N. (2010). Berfikir Gaya Trump. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Mohamed, Z. A. (2007). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Distributors Sdn Bhd.
Rosli Mahmood, A. N. (2010). Prinsip-Prinsip Keusahawanan. Malaysia: Cengage Learning Asia Pte Ltd.
Zaini, M. A. (2004). 66 Usaha Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Pofessional Publishing Sdn Bhd.
Zubir, N. (2008). Kisah Usahawan Wanita. Kuala Lumpur: PTS Professioanl Publishing Sdn Bhd.
ASALAMUALAIKUM SAYA MOHON IZIN UNTUK DIKONGSI YA
ReplyDelete